Wednesday, 20 May 2015

Resepi Special Sugar Macaron French Method

Assalammualaikum. Lama menyepi yang terlalu lama gitu haha. Sekarang dah ada Ainaa Saffiyah pun dah penyeri puteri kesayangan kami sekeluarga. Cerita Ainaa nanti-nanti la saya story eh. So saya nak masukkan resepi Macaron sebab ada janji dengan seseorang yang saya nak bagi resepi nie pada dia. Alang-alang dah memberi saya decide nak letak dalam blog supaya nanti semua orang pun boleh try nanti. InsyaAllah.

Bahan-bahannya
55gm serbuk badam ( kisar dan ayak, boleh simpan dalam air tight container dalam suhu bilik )
85gm gula icing ( campurkan bersama serbuk badam sama rata )
50gm putih telur ( peram at least 3 jam )
25gm gula castor
1/4 tsp vanilin powder ( untuk elakkan bau hanyir telur )

Cara-cara membuatnya
1. Putih telur pukul max speed, separuh kembang masukkan gula castor. Pukul lagi sampai jadi janggut Santa Claus dan tak goyang-goyang baru okay!
2. Adunan tadi, kaup balik ( guna spatula )
3. Masukkan vanilin powder
4. Masukkan sikit-sikit adunan badam tadi, kacau guna kaedah kaup balik ( kacau dan tekan )
5. Bubuh pewarna ( setitik dua jer )
6. Kaup balik adunan sampai bila kita angkat, tak putus dan fizikal adunan akan nampak berkilat sikit. Bila tak putus maknanya dah okay dah tuuuu
7. Masukkan adunan dalam piping bag dan terus pipe.
8. Selepas tu, kita kena restkan macaron tadi sampai dia kering. Bila dah kering baru masukkan dalam oven.

Oven ( ini ikut oven saya yer )
Panaskan oven siap-siap yer
180'C ( api atas bawah )
10 minit
Rotate tray
5 minit

Gambar tak boleh upload kenapa ntah even tho banyak kali try! So I'm give up, nanti gambar boleh tengok kat IG Special Sugar @specialsugar eeeeh... :) :)


No comments:

Post a Comment