Thursday, 2 July 2009

Bayu dan bbq

Idea asal : Kak June merangkap Chairman
SU : Lina merangkap Executive Chef
Pencadang : Kak Diba dan saya!

Terima kasih yang tak terhingga buat jiran-jiranku yang baik hati semuanya. Beruntung rasanya dapat kawan-kawan yang baik macam nih. Semoga ikatan ukhuwah kita akan berkekalan hingga ke hujung nyawa, Insyallah.
Apa plan kita lepas nih??? ( Kak June??? )

Gambar bbq

Wednesday, 17 June 2009

27 weeks


Ya sesungguh Mama terlupa nak upload gambar scan terbaru nie. Bukan apa, nak kata busy tak la busy sangat, mungkin sebab Mama asyik nak kena rileks jeee semenjak dua menjak nih. Bila dah nak masuk petang, tenaga Mama pun mulalah berkurangan. So kena la merehatkan diri kan? Sekarang nih Mama selalu penat dan selalu pening kepala tiba-tiba.
.
Perkembangan baby, doktor kata baby kali nih besar seminggu awal dari usia kandungan. Memang tiap-tiap kali scan doktor akan check jantina baby, confirm baby boy. Baby jugak sekarang nih dah selalu tendang perut Mama kuat-kuat. Sampai bergerak ke kiri dan ke kanan dibuatnya perut Mama. Hehehe one of my fren kata, footballer la katakan hehehhe... Sabar je la. Berat badan Mama pun naik banyak jugak, almaklum la bercuti di kampung memang susah nak melarikan diri dari makan makanan yang sedap-sedap. Kui kui kui ke alasan je nih???
.
Next appointment Mama request dengan doktor nak buat sekali lagi detail scan 3D 4D sebab masa mula-mula buat hari tu, baby Mama sorokkan muka die. Masih malu-malu lagi kata doktor scan tu. Hendak-hendaknya baby kali nih jangan la sorokkan muka die lagi. Sekian terima kasih...

Monday, 8 June 2009

6hb June...

2009, 6hb Jun jatuh pada hari Sabtu. Tahun ini kami sibuk menguruskan majlis perkahwinan adik ipar saya, Noas dan Zaini. Alhamdulillah semua urusan kerja kahwin berjalan dengan lancar. Diiringi dengan doa dan harapan agar jodoh mereka berpanjangan hingga ke hujung nyawa, Insyallah. Gambar

6hb Jun juga merupakan hari ulang tahun perkahwinan saya dan suami, Ahmad Fuad Bin Noruzzaman yang ke 5 tahun ( 2004 - 2009 ). 5hb Jun 2004 tarikh kami menikah. Tahun 2001 kami berkenalan. Tarikh yang tepat dah tak boleh ingat dah. Tapi bila dikenang-kenang balik time-time kitaorg bercinta-cintun, memang la tak ingat dunia time tuh. 2001 hingga 2009, 8 tahun hati saya bersama dia. Yang peliknya, semakin hari semakin kuat kasih sayang saya pada dia. Memang itu la pun yang saya doakan, agar kasih sayang kami berpanjangan hingga ke syurga. Di syurga juga, saya mahukan dia menjadi suami saya yang kekal abadi. Bukan kerana rupa, bukan kerana harta tapi kerana kasih sayangnya dia pada saya. Tidak sekali-kali dapat ditukar ganti. Ditambah-tambah dengan keadaan saya yang tengah sarat mengandung. Alhamdulillah, saya bersyukur dikurniakan jodoh bersama dia.

Dia kata ada sesuatu untuk saya nanti, saya dah dapat agak apa dia. Tapi rasa-rasanya apa la yeee???

Monday, 18 May 2009

22 weeks


Mama terlewat seminggu nak upload gambar nih. Been busy, banyak sangat urusan yang harus diselesaikan dalam rutin harian Mama. Doktor Khamsiah kata perkembangan baby just fine, baby jugak tak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Just nice, katanya. Insyallah kita akan cuba bersalin normal as long as keselamatan baby dan Mama diutamakan. Kalau semuanya ok, kita cuba bersalin normal. 

Tapi uri Mama masih di bawah. Mama juga selalu terasa sakit dibahagian ari-ari terutama sekali bila Mama membongkokkan diri. Hm apa-apa pun doktor akan pantau dari masa ke masa. It is too early, sebab uri akan naik dan diharap-harap AKAN naik...

Baby juga dah selalu tendang. Kuat pulak tu. Hehehehhe... Dulu rasa sikit-sikit jeh. Tapi skang nih dah makin kuat dan makin kerap. Apa la baby buat dalam tu kan? Heehehehe... 

Haikal pulak nampaknya, meragam yang kadang-kadang nampak macam mengada-ngada pun ada. Ayah dan Mama hanya mampu bersabar. Mungkin sebab dah nak dapat adik nih, die pun menjadi-jadi la kot. Sabar je la kan...


Friday, 8 May 2009

Kad dari Haikal

Siapa lagi kalau bukan Haikal yang bagi kad nih pada Mama time balik sekolah dalam kereta. Hehehehe patut la dua tiga hari lepas bila Mama tanya Haikal buat apa kat sekolah, dia kata dia buat loveeee... Oh ini la rupanya love tuuuu hhehehehe... Walaupun Mama tahu tak semuanya Haikal yang buat, tapi part coloring tuh Mama tahu memang 100% hasil tangan Haikal hehehhee... Comot!
Bila tengok kad nih, baru Mama terpikir mana kad-kad yang Haikal bagi pada Mama tahun lepas ye?? Hmmm... kena punggah balik? Tengok la dulu, kalau ada masa Mama cari dan upload jugak nanti.
Kepada semua rakan-rakan yang berstatus ibu, Selamat Hari Ibu semua. Bila dah jadi ibu nih, baru la kita tahu susah payah ibu kita semasa melahirkan, membesarkan dan mendidik kita sehingga ke hari ini. Memang tak terbalas jasa-jasamu ibuku, Hajjah Laila Binti Sarji....

p.s : Ini gambar lama masa raya tahun 2004, time nih Mama tengah mengandungkan Haikal. Baru sihat dari alahan. Dalam 4 ke 5 bulan masa nih....

Thursday, 7 May 2009

Majlis akad nikah Noas aka Mak Su

Salam,
Majlis nih dah selamat dijalankan pada cuti Hari Pekerja hari tu, 1hb Mei 2009. Gambar-gambar dah diupload ke Facebook.
Bila dah senja, tiba-tiba perut dan kepala Mama sakit. Sakit kepala mungkin sebab keadaan cuaca yang sedia maklum panasnya. So Mama cepat-cepat pegi mandi. Mandi lama-lama nih hehehehe... Kasik sejuk sikit badan.
Then bila dah habis mandi. Mama cuba rileks dan berbaring. Satu hari suntuk dok sibuk sampai lupa nak berehat. Masa baring pun perut Mama still sakit lagi. Aduhai kenapa nih? Sepanjang mengandung tak pernah pulak jadik macam tuuu... So bertahan je la. Mungkin sebab penat sangat.
So Mama dah serik la tak akan buat keje berat-berat lagi lepas nih. Biarlah orang lain yang take over...
Kepada Mak Su Noas dan Pak Su Zaini, selamat pengantin baru, semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dan cepat-cepat la dapat baby nanti! Hehehehe...

1. Nikah Noas by Anis
2. Nikah Noas by Kn
3. Nikah Noas by Kn ( Outdoor shooting )

Thursday, 16 April 2009

18 weeks and 'bird' Haikal sakit...


Dah 18 minggu. Hampir separuh jalan lagi... So far Mama dah sihat. Memasak semua dah boleh. Tapi mana-mana yang masih terasa geli Mama tetap hindarkan, dari berlaku kejadian yang tidak diingini hehehe. Penat dan semput menjadi-jadi. So Mama kena slow motion sikit dan lebih berhati-hati terutama time naik turun tangga. Risau jugak la kan. Kadang-kadang tu rasa macam nak terpecah jantung Mama dibuatnya...

Mama juga dah rajin perdengarkan baby Mama dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan lagu-lagu yang dapat membantu Mama dan baby dapat relaks dengan setenang-tenangnya. Memang tak dapat la moment nih dimana-mana terutama sekali bila baby bergerak-gerak dalam perut Mama. Tapi pergerakan baby masih rasa tak rasa la tahap nih. Antara sedar dengan tidak.

Cerita Haikal sakit bird, alahai memang susah betul hati Mama dibuatnya. Haikal dalam sehari dua lepas dia asyik mengadu yang "Mama, Haikal sakit perut"... Then Mama pun cakap la yang Haikal kena makan nasi. Bila disuap, dia makan tapi tak macam biasa dalam kuantiti yang sikit jeee. Selalu tu banyak jugak dia boleh habiskan nasi.

Lepas tu semalam dah kritikal. Haikal bila nak kencing menangis-nangis kata pedih dekat 'bird' dia tuuu... Kesian Mama tengok Haikal. Tak pernah Mama tengok dia macam tu. Takut jugak kalau-kalau ada tugau, mana lah tahu. Sebab constructions sebelah rumah macam hampeh dok longgok-longgok kayu lama kat depan rumah diorg. Tapi tuh la Mama tak pernah pulak nampak Haikal main-main kat situ. Bila di check betul-betul 'bird' Haikal tak ada tanda-tanda yang dia kene tugau. Tapi masih sakit terutama ketika Haikal nak buang air kecil.

Pagi tadi bila Mama dah selesai monthly check-up dengan doktor, terus bawak Haikal pegi klinik kanak-kanak dekat An-Nur tuh jugak. Lama jugak menunggu tapi Haikal masih bermain seperti biasa. Cuma tersentap jugak bila time dia nak kencing. Menangis kepedihan 'bird'nya tuh.

Bila jumpa doktor, melalui sintom-sintom yang Mama ceritakan pada doktor, kemungkinan kencing Haikal dijangkiti kuman atau kencing kotor. Doktor suruh Mama pastikan Haikal minum air banyak dan makan ubat yang akan dibekalkan. Doktor juga suruh Mama bersihkan 'bird' Haikal sebelum ambil sample air kencing Haikal untuk di bawa ke makmal, bagi pemeriksaan lanjut. Kalau masih sakit, tiada jalan lain Haikal terpaksa diwadkan. Tapi Mama harap lepas nih Haikal akan sihat seperti biasa. Mama cuak jugak sebab belum ada pengalaman yang sebegini. Hopefully Haikal akan cepat-cepat sembuh, Amin!